Saya memang suka bab-bab kraftangan ni. Saya mula mengenali seni gulungan kertas atau lebih popular dipanggil sebagai "Quilling" ini sejak tahun 2010 melalui kakak saya. Kakak saya menunjukkan hasil kerja tangannya. Sejak daripada itu, saya terus tertarik dengan "quilling" ini. Saya mula mencuba daripada yang asas sehinggalah boleh menghasilkan hasil gulungan yang begitu menarik sekali. Daripada bentuk bulat, sehinggalah boleh menghasilkan pelbagai bentuk bunga, daun dan macam-macam lagi. Quilling ini senang dibuat, sangat menarik dan unik.
![]() |
Hasil quilling terbaru yang saya hasilkan..Kad ucapan tahniah. |
Saya tidak menggunakan proper qulling tools. Saya hanya menggunakan kertas A4, gunting, pembaris, jarum dan gam sahaja. Sebenarnya kalau menggunakan alat dan kertas khas untuk quilling ini, hasilnya lebih cantik, kemas dan menarik. Tetapi untuk permulaan dan baru-baru mahu berjinak dengan seni gulungan kertas ini, hanya menggunakan kertas A4 sahaja sudah mencukupi. Dengan menggunakan kertas A4, kita tidak perlu risau tentang pembaziran wang. Kerana kertas A4 lebih murah jika dibandingkan dengan 'quilling paper'. Kita boleh mencuba pelbagai bentuk dan practise dengan lebih banyak.
No comments:
Post a Comment