Thursday, 26 April 2012

Gulungan Quilling Asas - Gulungan Padat/ Tight Coil

Gulungan asas yang pertama ialah Gulungan Padat (Tight Coil). Gulungan padat ini biasanya digunakan sebagai bahagian tengah bunga.

Gulungan Padat / Tight Coil
Cara menghasilkan gulungan padat ini adalah seperti berikut:
  1. Jika anda menggunakan kertas A4, gunting kertas A4 anda memanjang dengan lebar 3mm. Lebar kertas tidak semestinya 3mm. Anda juga boleh mengguntingnya 4mm atau 6mm, mengikut citarasa anda. 
  2. Masukkan kertas ke hujung jarum. Tekan kertas dengan lembut (untuk menghalang kertas menjadi longgar) sambil memutar jarum ke satu arah sehingga kertas habis tergulung. Setelah selesai, sapukan gam dihujung kertas supaya kemas.
  3. Maka terhasillah gulungan padat anda. Anda boleh menggunakannya mengikut kreativiti anda.
Langkah menghasilkan Gulungan Padat.


Gulungan padat ini boleh digunakan untuk menghasilkan banyak bentuk. Contohnya bunga, anggur, mata dan tayar. Anda boleh menggunakan imaginasi anda untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang anda suka.

Bunga yang dihasilkan daripada Gulungan Padat.


Wednesday, 25 April 2012

Hujan dan Matahari

Selepas solat asar je, terus masuk bilik. Ouchh..silaunya matahari. Matahari selepas hujan.


Seni Gulungan Kertas / Quilling

Saya memang suka bab-bab kraftangan ni. Saya mula mengenali seni gulungan kertas atau lebih popular dipanggil sebagai "Quilling" ini sejak tahun 2010 melalui kakak saya. Kakak saya menunjukkan hasil kerja tangannya. Sejak daripada itu, saya terus tertarik dengan "quilling" ini. Saya mula mencuba daripada yang asas sehinggalah boleh menghasilkan hasil gulungan yang begitu menarik sekali. Daripada bentuk bulat, sehinggalah boleh menghasilkan pelbagai bentuk bunga, daun dan macam-macam lagi. Quilling ini senang dibuat, sangat menarik dan unik.

Hasil quilling terbaru yang saya hasilkan..Kad ucapan tahniah.
Saya tidak menggunakan proper qulling tools. Saya hanya menggunakan kertas A4, gunting, pembaris, jarum dan gam sahaja. Sebenarnya kalau menggunakan alat dan kertas khas untuk quilling ini, hasilnya lebih cantik, kemas dan menarik. Tetapi untuk permulaan dan baru-baru mahu berjinak dengan seni gulungan kertas ini, hanya menggunakan kertas A4 sahaja sudah mencukupi. Dengan menggunakan kertas A4, kita tidak perlu risau tentang pembaziran wang. Kerana kertas A4 lebih murah jika dibandingkan dengan 'quilling paper'. Kita boleh mencuba pelbagai bentuk dan practise dengan lebih banyak.